fbpx

Peminat setia berpeluang tonton Ejen Ali The Movie 2 awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peminat filem Ejen Ali The Movie 2 berpeluang menjadi individu terawal menonton naskhah tersebut pada 18 Mei depan.

PETALING JAYA – Para peminat setia filem Ejen Ali The Movie 2 berpeluang menjadi individu terawal menonton naskhah tersebut dalam slot tayangan awal serentak di sembilan lokasi pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) terpilih seluruh negara pada 18 Mei depan.

Inisiatif istimewa ini merupakan hasil kerjasama antara WAU Animation, Primeworks Studios dan GSC yang terus komited dalam meraikan karya animasi tempatan di layar perak.

Dengan hanya RM40, setiap pembelian tiket untuk tayangan awal tersebut, pembeli akan menerima satu tiket filem, lencana butang eksklusif Ejen Ali The Movie 2 dan set kombo popcorn.

Lebih istimewa, peminat juga boleh memilih untuk menonton Ejen Ali The Movie 2 dalam secara premium di Aurum Theatre, The Exchange TRX, Kuala Lumpur yang menawarkan dua slot tayangan khas iaitu pada pukul 11 pagi dan 1.30 petang.

Tayangan tersebut juga akan dimeriahkan dengan penampilan maskot Ejen Ali dan barisan pemilik suara watak dalam filem tersebut sekali gus memberi pengalaman hebat yang eksklusif serta sarat interaksi bersama dunia Ejen Ali.

Antara lokasi tayangan awal serentak termasuk di GSC Mid Valley Megamall, KL East Mall, MyTOWN, Setia City Mall dan Setia Alam.

Empat lagi lokasi ialah GSC IOI City Mall, Putrajaya, AEON Bandaraya Melaka, Aman Central, Alor Setar, Kedah, dan East Coast Mall, Kuantan, Pahang.

Justeru, jangan lepaskan untuk merebut peluang menjadi sebahagian daripada pengalaman luar biasa untuk menonton Ejen Ali The Movie 2 ini.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, sila layari laman web atau Aplikasi GSC. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI