Muzik tema siri Cardcaptor Sakura membangkitkan nostalgia dalam diri penulis saat melangkah masuk ke dalam ruangan pameran Cardcaptor Sakura: The Enchanted Museum di Kuala Lumpur. Melihat watak kegemaran zaman kanak-kanak seperti Sakura dan Kero-chan mengimbau kembali kegembiraan menonton siri Jepun tersebut di kaca televisyen pada setiap hujung minggu. Lebih menarik, pengunjung yang rata-ratanya membesar pada era 90-an turut berkongsi keterujaan untuk melihat koleksi pameran yang julung kali diadakan di Asia Tenggara ini. Menurut Pengarah Negara INCUBASE Studio Malaysia, Benedict Wong,……