fbpx

MU ‘uji bakat’ sebelum final Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UNITED bakal berhadapan dengan Spurs di perlawanan akhir Liga Europa yang dijadualkan berlangsung pada 22 Mei ini. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim sedia menjadikan dua daripada tiga aksi terakhir Liga Perdana Inggeris (EPL) sebagai medan ‘uji bakat’ memilih kesebelasan terbaik menjelang final Liga Europa menentang Tottenham Hotspur pada 22 Mei nanti.

Ia akan bermula pertemuan menentang West Ham United di Old Trafford malam ini sebelum berkunjung ke Stamford Bridge bagi membuat perhitungan dengan Chelsea pada 17 Mei depan.

Memandangkan tidak ada lagi yang boleh dikejar United dalam saingan EPL, maka ia dianggap sebagai peluang terbaik buat United untuk menguji barisan pemain yang ada sebelum aksi final.

“Tidak ada lagi yang boleh kami selamatkan dalam saingan EPL tetapi ia satu perkara positif kerana kami tidak perlu melakukan banyak latihan. Mereka akan bersaing merebut tempat ketika perlawanan liga.

“Kami ada melakukan beberapa kesilapan ketika bertemu Brentford, termasuk terlalu memikirkan mengenai aksi separuh akhir (Liga Europa) menentang Athletic Bilbao. Semua itu sudah diberikan perhatian,” katanya.

Biarpun mengakui sudah tidak ada apa lagi yang perlu dikejar dalam saingan liga, namun bekas jurulatih Sporting Lisbon itu tidak mahu pemain-pemainnya memandang remeh baki tiga aksi EPL musim ini.

“Kami juga sedar kami adalah Manchester United dan perlu menang setiap perlawanan. Saya menerima setiap kritikan yang dilontarkan tetapi kami perlu bijak untuk membuat pilihan,” ujar Amorim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI