fbpx

Liverpool eksperimen lawan Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRADLEY (kanan) akan diberikan lebih minit permainan oleh Slot untuk menentang Arsenal di Anfield malam ini. - AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot membayangkan untuk menjadikan perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal di Anfield malam ini sebagai pentas buatnya bereksperimen.

Selepas keputusan tonggak pertahanannya, Trent Alexander-Arnold sah meninggalkan pasukan musim depan, Slot bersedia untuk memberi lebih minit permainan kepada Conor Bradley bagi mengisi posisi bek kanan.

“Saya fikir jika Conor (Bradley) bersedia untuk bermain ketika menentang Chelsea, dia pasti akan memulakan perlawanan pada aksi selepas ini. Adalah adil untuk dia diberikan peluang berada dalam kesebelasan utama.

“Saya sudah pun beritahu kepada Conor bahawa dia akan memulakan perlawanan ini dalam kesebelasan utama dan saya rasa dia juga memerlukan minit permainan. Dia kini perlu jadi lebih baik sebagai persiapan untuk mengharungi musim depan,” katanya.

Perkembangan itu juga menjadi berita yang mahu didengari oleh setiap penyokong The Reds di mana Slot lebih mengutamakan masa depan kelab berbanding pemain yang sudah membuat keputusan mahu meninggalkan pasukan musim depan.

Walaupun baru berusia 21 tahun, Bradley menjadi pemain tunggal yang dilihat mempunyai kepakaran untuk mengisi tempat Alexander-Arnold dan Slot menuntut sesuatu yang lebih baik daripada pemain dari Ireland Utara berkenaan.

“Jangan bandingkan Conor dengan Trent kerana pada pendapat saya mereka adalah berbeza. Kita boleh lihat potensi Conor dan langkah pertamanya sekarang adalah musim depan di mana saya juga cukup yakin dengan kualitinya,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI