fbpx

‘Homework’ banyak pun nak mengadu dalam mesyuarat PIBG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Kerja sekolah banyak yang diberikan kepada murid selain guru tidak balas mesej WhatsApp tepat masa antara aduan dihantar ibu bapa semasa mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sebuah sekolah.

Menerusi satu perkongsian seorang wanita pada aplikasi X, dia menghadiri mesyuarat PIBG di sekolah anaknya dan berkongsi beberapa aduan dikemukakan oleh ibu bapa.

“Terdiam aku datang mesyuarat PIBG sekolah anak aku. Ibu bapa mengadu kerja sekolah anak banyak masa cuti sekolah dan ganggu ‘mood’ anak-anak bercuti.

“Ibu bapa mengadu nak bayar buku aktiviti anak, tak semua mampu. Cikgu tak balas mesej WhatsApp tepat masa.

“Hangpa pikiaq (anda semua fikir) apa wei? Patut lah budak-budak sekolah kelaut perangai, benda ni dia turun menurun daripada mak pak rupanya,” katanya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai maklum balas selain mempersoalkan sikap segelintir ibu bapa tersebut yang seolah-olah terlalu manja dengan anak mereka.

“Itu kerja sekolah anak bukan ibu bapa. Mak pantau saja, ini mengadu macam dia yang kena buat kerja sekolah,” komen seorang individu.

“Itulah fungsi cuti sekolah panjang buat latihan, ulang kaji supaya peperiksaan skor elok bukan bersuka ria semata-mata. Nanti anak dapat keputusan teruk, marah cikgu lagi,” marah seorang pengguna X.

“Kerja rumah tu untuk bagi pandai budak-budak bukan ibu bapa. Sama dengan kes WhatsApp tanya benda remeh. Semua benda nak kena suap untuk anak,” ujar seorang lagi pengguna X. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI