fbpx

Hakim Danish sambar podium hatrik Red Bull Rookies Cup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELUMBA negara, Hakim Danish berjaya menawan podium tempat kedua di Le Mana, Perancis.

KUALA LUMPUR – Pelumba berbakat negara, Hakim Danish Ramli terus memperagakan prestasi konsisten apabila menaiki podium tempat kedua di Red Bull MotoGP Rookies Cup, tengah malam tadi.

Rezeki ternyata menjadi milik Hakim Danish apabila Perlumbaan 1 di Litar Le Mans, Perancis tersebut terpaksa dihentikan lebih awal selepas berlaku insiden kemalangan membabitkan tiga pelumba sehingga bendera merah dikibarkan di pusingan ke-11.

Pada perlumbaan tersebut, Hakim Danish memulakan perlumbaan di petak utama namun
terpaksa mengambil Long Lap Penalty sebelum jatuh di kedudukan kelima.

Bagaimanapun, pelumba kelahiran Terengganu itu tidak menoleh kebelakang dan berusaha mengejar hingga berada kedudukan kedua terbaik.

Tetalk sayang bendera merah dikibarkan sekali gus memberi kemenangan kepada Brian Uriarte dari Sepanyol. Tempat ketiga pula menjadi milik pelumba Itali, Giulio Pugliese.

“Saya dah buat sehabis baik walaupun kena penalti. Perlumbaan 2 esok saya akan berikan sehabis baik. Doakan saya esok,” katanya selepas perlumbaan.

Lebih membanggakan, kejayaan tiga kali podium tempat kedua berturut-turut di Red Bull Rookies Cup meletakkan Hakim Danish kekal sebagai pendahulu keseluruhan kejuaraan dengan mengumpul 60 mata.

Uriarte kini menghuni tangga kedua dengan 50 mata, diikuti pelumba Australia, Carter Thompson (48 mata). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI