fbpx

Guru rugi RM511,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang guru lelaki kerugian RM511,000 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian palsu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan menerima laporan daripada mangsa berusia 47 tahun itu, semalam.

“Mangsa memaklumkan telah melihat iklan pelaburan berkonsepkan jual beli saham yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa singkat melalui aplikasi Facebook pada Februari lalu.

“Mangsa yang berminat untuk melabur telah berhubung dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp sebelum dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp serta diberikan penerangan lanjut.

“Mangsa kemudian diminta untuk memuat turun satu aplikasi dan mendaftarkan keahlian untuk melabur dalam pelaburan terbabit sebelum melakukan 12 transaksi ke dalam tiga akaun bank berbeza,” katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, mangsa hanya menyedari telah ditipu setelah gagal mengeluarkan wang modal dan keuntungan melalui pautan yang diberikan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI