fbpx

Gudang simpan tilam di Butterworth musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman di gudang penyimpanan tilam di Butterworth, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Sebuah gudang penyimpanan tilam musnah dalam satu kejadian kebakaran di kawasan perindustrian Sungai Rokan, Butterworth di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM negeri, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan pada 10.01 malam dan operasi pemadaman melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth.

Menurutnya, operasi tersebut turut dibantu sepasukan bomba dari BBP Jalan Perak, BBP Perai dan BBP Sungai Bakap.

“Kebakaran melibatkan sebuah gudang penyimpanan tilam separa batu dan kayu dengan anggaran peratusan kemusnahan adalah sebanyak 80 peratus.

“Komander Operasi melaporkan gudang tersebut dipercayai turut menyimpan bahan kimia dan terdapat juga sebuah kenderaan kereta jenis Perodua Myvi telah dihempap oleh sebahagian struktur yang runtuh.

“Bagaimanapun, kebakaran yang berlaku tidak melibatkan mangsa yang cedera mahupun kemalangan jiwa,” katanya di sini, hari ini.

Beritahu beliau lagi, operasi berjaya dikawal pada pukul 10.51 malam.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan kerja-kerja pemadaman dan pengawalan dengan membuat ‘relay pumping’ menggunakan sumber air dari tangki jentera bomba dan jentera Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

“Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya pada pukul 11.33 malam tadi dan kerja-kerja ‘overhaul’ dijalankan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain di tempat kejadian,” ujarnya operasi tamat pada pukul 1.09 pagi tadi.

Tambahnya, kes tersebut telah diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan selanjutnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI