fbpx

Fatima beri Fazura tujuan hidup, keseronokan setiap hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Fazura berbangga menjadi seorang ibu kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.

PETALING JAYA – Sempena hari ibu, aktres Nur Fazura berbangga menjadi seorang ibu kepada anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang disifatkan antara anugerah terindah dalam hidupnya.

Menurut Fazura, 41, kehadiran Fatima dalam hidupnya mengubah segala-galanya termasuk membawa kebahagiaan yang luar biasa.

“Masya-Allah, terima kasih kepada anak tersayang, Fatima. Satu penghormatan menjadi seorang ibu.

“Awak telah beri saya tujuan hidup, kekuatan, keseronokan, kasih sayang dan menjadi individu lebik baik setiap hari.

“Kasih sayang terhadap lebih daripada kata-kata dan semua yang dilakukan adalah untuk Fatima sejak berada dalam perut lagi,” katanya dalam Instagram.

Katanya lagi, Fatima sebagai anak juga sudah mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada dirinya.

“Terima kasih kerana memberi rasa sayang dan membuatkan saya dihargai menjadi seorang ibu.

“Saya merasakannya setiap hari dan bersyukur buat selama-lamanya,” jelasnya.

Dalam hantaran sama, Fazura juga turut menerima sejambak bunga daripada Fatima .

Dalam bunga tersebut turut terselit ucapan indah daripada anak perempuannya itu.

“Sepamat hari ibu! Awak adalah ‘superhero’ dan segala-galanya untuk saya.

“Saya lihat apa yang awak telah lakukan untuk saya setiap hari. Walaupun hanya kita berdua, awak telah menjadikan dunia saya sarat dengan keseronokan dan kasih sayang.

“Terima kasih menjadi sesuatu yang saya perlukan. Satu hari nanti, saya nsk membesar dan menjadi seperti awak yang berani, cantik dan hati yang baik,” ujarnya.

Terdahulu, Fazura bernikah dengan pelakon, Fattah Amin pada 27 November 2017 sebelum disahkan bercerai talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Rentetan itu, hak penjagaan Fatima yang kini berusia lima tahun menjadi milik Fazura manakala Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI