fbpx

EPL: Southampton rentap ego Man City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEHADIRAN semula Erling Haaland dalam pasukan nyata tidak mampu menghadirkan impak positif buat Man City. - AFP

 

LONDON – Misi Manchester City mengekalkan rentak kemenangan buat kali keenam berturut-turut tidak membuahkan hasil apabila diikat tanpa jaringan oleh pasukan tercorot, Southampton pada aksi di St Mary sebentar tadi.

Kehadiran semula Erling Haaland dalam pasukan nyata tidak mampu menghadirkan impak positif buat Man City apabila penyerang itu dilihat masih mencari kualiti sebenar yang pernah dipamerkannya sebelum ini.

Satu mata yang diraih menyaksikan Southampton memastikan kutipan mata ke 12 untuk mengelak daripada menyamai catatan terburuk Liga Perdana Inggeris milik Derby County, hanya meraih 11 mata pada saingan 2007/08.

Man City pula berada dalam risiko hilang slot ke Liga Juara-Juara malah mungkin terpaksa melupakan hajat untuk menamatkan saingan musim ini di tempat kedua.

Babak pertama nyata memihak kepada Man City yang merekodkan 72.9 peratus penguasaan namun disiplin pemain Southampton menghadirkan kesukaran buat pelawat.

Statistik penguasaan seakan tidak mengambarkan keberkesanan jentera serangan The Citizens yang sekadar mencatatkan tujuh percubaan dan hanya satu daripadanya tepat ke arah gawang tuan rumah.

Bersambug babak kedua, kemasukan Jeremy Doku nyata menghadirkan peningkatan kepada serangan Man City namun deretan peluang yang berjaya dicipta masih gagal menghasilkan jaringan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI