fbpx

EPL: Chelsea pilih jalan sukar untuk ke Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA terpaksa bermain 10 pemain untuk tempoh hampir satu jam selepas penyerangnya, Nicolas Jackson (jersi biru, kiri) dilayangkan kad merah. - AFP

LONDON – Chelsea seakan memilih jalan sukar untuk perkukuhkan peluang ke Liga Juara-Juara musim depan selepas tewas 0-2 kepada Newcastle United di St James Park, sebentar tadi.

Kemenangan itu membolehkan The Magpies memintas Manchester City untuk berada di kedudukan ketiga Liga Perdana Inggeris dengan 66 mata ketika saingan masih berbaki dua perlawanan lagi.

Sebaliknya buat The Blues yang kekal di tangga kelima dan kini wajib menang dalam dua perlawanan selepas ini menentang Manchester United dan Nottingham Forest.

Tugas mencabar menanti pengurus Chelsea, Enzo Maresca untuk sekurang-kurangnya meraih slot terakhir ke Liga Juara-Juara memandangkan pasukannya kini dijangka akan bersaing hebat dengan Aston Villa yang turut mengumpul 63 mata.

Walaupun mengekalkan skuad sama ketika tewaskan Liverpool, The Blues memulakan perlawanan dengan langkah kiri apabila gawang mereka dirobek seawal minit kedua oleh Sandro Tonali malah kehilangan khidmat Nicolas Jackson ekoran layangan kad merah.

Walaupun dilihat berjaya menggandakan kualiti permainan, tuan rumah nyata lebih bersedia untuk mengekang Chelsea daripada memperoleh gol penyamaan.

Bagaimanapun sisa perjuangan The Blues menemui titik noktah apabila Bruno Guimaraes meledak gol kedua buat Newcastle United pada masa kecederaan babak kedua. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI