fbpx

El Clasico kemuncak perebutan La Liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWANDOWSKI (kanan) menjadi pertaruhan terbaik Barcelona untuk meledak jaringan menewaskan Real malam ini. - AFP

BARCELONA – Peluang Barcelona untuk mendakap gelaran trebel ketiga musim ini dengan menjulang kejuaraan La Liga dilihat amat cerah sekiranya berjaya memenangi pertembungan El Clasico dengan menewaskan Real Madrid  malam ini.

Kemenangan ke atas seteru tradisi di Stadium Lluis Companys Olympic itu membolehkan Barcelona melebarkan penguasaan di tangga teratas dengan kelebihan tujuh mata dalam saingan berbaki tiga lagi aksi untuk tamat.

Pengendali Barcelona, Hansi Flick menggesa barisan pemainnya agar menunjukkan kemahuan tinggi dan menjadikan aksi El Clasico itu sebagai pentas menebus kekecewaan selepas gagal mara ke pentas final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

“Biar apa terjadi, kami mahu memenangi perlawanan ini. Keputusan ini akan menentukan sama ada kami boleh memenangi La Liga atau kembali membuka peluang buat mereka (Real),” katanya.

Sekiranya berjaya menewaskan Real, Barcelona hanya memerlukan satu lagi kemenangan daripada baki tiga aksi untuk mengesahkan kejuaraan La Liga ke-28, sekali gus menjadi trofi ketiga musim ini selepas menang Piala Raja Sepanyol dan Piala Super Sepanyol musim ini.

Ia secara tidak langsung menyaksikan Real menamatkan kempen musim ini tanpa memenangi sebarang trofi selepas gergasi Eropah itu tersingkir di peringkat suku akhir UCL di tangan Arsenal.

Meskipun bakal turun tanpa Jules Kounde, namun Barcelona kembali diperkuatkan dengan kehadiran penggempur berpengalaman, Robert Lewandowski untuk merobek gawang Real malam ini.

Lewandowski bakal menjadi sandaran terbaik memandangkan Real bakal beraksi tanpa ramai pemain utama kerana kecederaan dan penggantungan perlawanan seperti Eder Militao, Antonio Rudiger, Dani Carvajal, Ferland Mendy, David Alaba serta Eduardo Camavinga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI