fbpx

Dua tapak glamping haram di Melaka diarah tutup serta-merta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Penguat kuasa MPHTJ menampal notis penutupan di salah satu premis glamping yang didapati beroperasi tanpa kelulusan sah daripada pihak berkuasa tempatan dalam operasi bersepadu di Bukit Katil, semalam.

MELAKA – Dua tapak glamping sekitar Bukit Katil di sini diarah tutup serta-merta selepas didapati beroperasi tanpa sebarang kelulusan sah daripada pihak berkuasa tempatan.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datin Sapiah Haron berkata, tindakan itu diambil menerusi satu operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Kawalan Bangunan (JKB) bersama jabatan lain petang semalam.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kedua-dua premis terbabit bukan sahaja tidak mempunyai lesen perniagaan, malah tiada kelulusan pelan bangunan serta Kebenaran Merancang Tempoh Terhad (KMTT).

“MPHTJ tidak sewenang-wenangnya menghentikan operasi sesuatu premis. Salah satu premis dikesan sedang menjalankan aktiviti glamping secara aktif, manakala satu lagi didapati kosong semasa serbuan dilakukan.

“Hasil semakan lanjut, kedua-dua premis terbabit tidak memiliki kelulusan KMTT, pelan bangunan dan lesen perniagaan. Semua premis telah diarahkan tutup serta diberikan notis dan kompaun sewajarnya,” katanya kepada pemberita.

Tambah Sapiah, operasi bersepadu yang bermula pukul 3 petang itu melibatkan JKB, Jabatan Perancang Bandar (JPB), Jabatan Pelesenan (JPL), Penguatkuasaan (PK) dan JKKM.

Jelasnya, pihak MPHTJ turut memberikan tempoh masa kepada pemilik premis untuk mengemukakan pelan-pelan dan dokumen yang disyaratkan sebelum sebarang pertimbangan semula dibuat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI