fbpx

Deretan kereta terbakar di pusat beli-belah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan beberapa kereta terbakar di kawasan parkir Pusat Beli-belah Brent Cross semalam. - X

LONDON – Pengunjung sebuah pusat beli-belah terkenal di United Kingdom (UK) terkejut apabila beberapa buah kenderaan yang diletakkan di kawasan parkir tiba-tiba terbakar, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di Brent Cross Shopping Centre dekat London petang semalam. 

Rakaman video dimuat naik di laman X oleh akaun @zanrafel menunjukkan beberapa kenderaan dijilat api sambil membebaskan asap tebal ke ruang udara. 

Jurucakap Jabatan Bomba London (LFB) berkata, kira-kira empat jentera dan 25 anggota bomba dikerahkan ke tempat kejadian untuk memadam kebakaran. 

“Tiada kecederaan dilaporkan, manakala punca kebakaran masih belum diketahui. 

“Api berjaya dikawal sepenuhnya sekitar pukul 6.14 petang (waktu tempatan). 

“Kami dan pihak pengurusan pusat beli-belah sedang giat menjalankan siasatan,” tambah LFB. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI