fbpx

AS, China mulakan rundingan tarif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kontena disusun di sebuah pelabuhan di Shanghai pada 9 Mei lalu. - AFP

GENEVA, SWITZERLAND – Amerika Syarikat (AS) dan China memulakan rundingan diplomatik peringkat tinggi di Geneva, Switzerland semalam dengan tumpuan utama diberikan kepada hal ehwal ekonomi dan perdagangan, lapor agensi berita United Press International.

Naib Perdana Menteri, He Lifeng mewakili China pada rundingan itu, manakala Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent menjadi diplomat tertinggi AS.

Rundingan perdagangan rasmi pertama itu dimulakan selepas perang perdagangan tercetus antara Washington dengan Beijing susulan pengumuman tarif 145 peratus ke atas China oleh Presiden Donald Trump.

Ia mencetuskan pengumuman tarif balas sebanyak 125 peratus oleh Beijing ke atas import AS.

Trump pada Khamis lalu memberi bayangan bahawa tarif tersebut mungkin dipinda kepada 80 peratus.

“Tarif 80 peratus ke atas China nampaknya bersesuaian! Terpulang Scott B,” tulis Trump di laman Truth Social dengan merujuk kepada Bessent.

Beliau kemudian hari ini memuji ‘permulaan semula’ hubungan perdagangan AS-China menjelang hari kedua rundingan berlangsung, lapor agensi berita AFP.

“Rundingan ini menggambarkan bahawa keadaan semasa hubungan perdagangan dengan tarif yang sangat tinggi ini akhirnya bukan untuk kepentingan AS mahupun China,” kata Ketua Ekonomi Global Citigroup, Nathan Sheets kepada AFP.

Penganalisis itu turut menggelar tarif tinggi sebagai ‘cadangan kalah-kalah’. – AFP/AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI