fbpx

Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster ucapan Hari Ibu yang dikongsi di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Ibrahim.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan selamat Hari Ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu.

Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda turut menitipkan ucapan selamat Hari Ibu kepada Raja Permaisuri Agong.

Sultan Ibrahim bertitah, menghargai jasa dan pengorbanan seorang Ibu bukanlah amalan bermusim atau terikat pada tarikh tertentu sahaja.

“Sebagaimana dititikberatkan dalam Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam bahawa ibu adalah insan yang mulia, diperintahkan Allah untuk berbuat baik kepadanya. Begitu juga berbakti kepada ibu kerana syurga berada dibawah kedua kakinya,” titah Seri Paduka Baginda.

Sultan Ibrahim bertitah, baginda sentiasa bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dikurniakan seorang isteri yang amat penyayang kepada anak-anak.

“Begitu besar pengorbanan serta kasih sayang dicurahkan Raja Zarith dalam membesarkan mereka.

“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala juga sentiasa merahmati Almarhumah bonda, Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah dan Almarhumah Raja Perempuan Muzwin. Al-Fatihah,” titah Seri Paduka Baginda.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI