fbpx

[VIDEO] RM150 ditinggal bersama anjing pitbull sakit kulit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seekor anjing jenis pitbull yang mempunyai masalah kulit ditinggalkan di luar sebuah rumah perlindungan haiwan dengan wang RM150

PETALING JAYA – Seekor anjing yang mempunyai masalah kulit ditinggalkan di luar sebuah rumah perlindungan haiwan dengan wang RM150 membuatkan ramai hati tersentuh.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok oleh @Sivarathinam_arumugam65, anjing jenis pitbull tersebut kelihatan mengalami masalah kulit yang teruk dan ditempatkan dalam sangkar kecil di hadapan pusat berkenaan.

“Pemilik buang di pusat perlindungan haiwan, tengok pun dah sakit kulit, memang kesian sangat,” katanya dalam video tersebut.

Perkongsian itu meraih perhatian orang ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan pemilik haiwan tersebut yang disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

“Senang sahaja pemilik lepas tangan nak rawat pun lebih RM150 lagi nak jaga bagi makan setiap hari,” kata @Uminasuha.

“Kalau haiwan peliharaan sakit tak mampu ubat, jangan bela,” kata @Jimjue.

“Selalu macam ini mesti buang dekat tempat perlindungan haiwan atau tempat orang ada bagi makan,” kata @Thetriplel. – KOSMO! ONLINE

@sivarathinam_arumugam65♬ original sound – sivaratnamarumuga

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI