fbpx

Pokok betik tertinggi di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pokok betik yang mempunyai ketinggian luar biasa di SMK Julau 2, Sarawak.

PETALING JAYA – Ketinggian luar biasa sebatang pokok betik di kawasan asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Julau 2 di Sarawak mencuri perhatian orang ramai di media sosial.

Menerusi perkongsian di Facebook milik @CikguMasli, ketinggian pokok tersebut hampir melepasi bumbung bangunan tiga tingkat asrama berkenaan.

Menurut guru tersebut, pokok yang ditanamnya itu kini mencapai ketinggian 14.40 meter (m) kurang 15 sentimeter berbanding pokok betik tertinggi di dunia yang direkodkan di Brazil.

“Betik tertinggi terdapat di asrama lelaki SMK Julau 2, manakala betik tertinggi di dunia dijumpai di Brazil mempunyai ketinggian 14.55m,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Semakan di Portal Tajria.com mendapati sebatang pokok betik berketinggian 14.55m ditemui di ladang buah milik Tarcísio yang terletak di Nova Aurora, Parana pada 2 September 2021.

Masli memberitahu, meskipun pokok itu telah beberapa kali berbuah, namun dia tidak pernah merasai hasilnya kerana cepat rosak sebelum matang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum dengan ketinggian luar biasa pokok betik itu, malah memuji guru tersebut kerana berjaya menanamnya.

“Pokok ini kini nombor dua di dunia. Tahniah cikgu!,” komen @AdrenAkang.

“Bakal catat rekod dunia ya, cikgu. Jaga diri baik-baik. Awal-awal lagi dah naik nama sebagai pemiliknya. Hebat, nama cikgu akan tercatat dalam rekod dunia. Semoga segala urusan dipermudahkan,” kata @KasiahKasim. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI