fbpx

Piala Asia 2025: Skuad kuadran negara tempah slot separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKSI libasan pemain negara ketika menewaskan Filipina menerusi keputusan 2-1 acara Kuadran dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia Kuala Lumpur 2025 di Stadium Titiwangsa di sini hari ini. Foto: SYAKIR RADIN

KUALA LUMPUR – Skuad kuadran sepak takraw lelaki negara meneruskan rentak cemerlang di pentas Piala Asia Kuala Lumpur 2025 apabila berjaya menundukkan pasukan Filipina 2-1 sekali gus mengesahkan tempat ke pentas separuh akhir.

Dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan B itu, barisan skuad negara kekal mempertaruhkan gandingan terbaik iaitu Muhammad Afifuddin Mohd Razali, Amirul Zazwan Amir, Norfaizzul Abd Razak dan Muhammad Shahalril Aiman Halim.

Malaysia bermula garang pada set pertama dengan kemenangan 15-6, bagaimanapun dikejutkan kebangkitan Filipina yang memberi saingan sengit menerusi Jason Huerte, Rheyjey Ortouste, Jerry Loquinario Jr dan Vince Alyson Torno, serta disokong pemain simpanan Ronsited Gabayeron dan Datu Ken Interino.

Pasukan Filipina memberi tentangan sengit dan berjaya bangkit pada set kedua 17-16, namun semangat juang tinggi dipamerkan anak-anak buah Mohammad Zulkarnain Mohamed Arif berjaya menutup perlawanan dengan kemenangan bergaya 15-8 pada set penentuan.

Kemenangan tersebut bukan sahaja memastikan slot separuh akhir buat Malaysia, malah menjadi petunjuk jelas bahawa skuad negara berada pada landasan terbaik untuk memburu kejuaraan edisi kali ini.

Mengulas mengenai perlawanan seterusnya, Zulkarnain berharap momentum sedia ada dapat dikekalkan menjelang aksi penentuan juara kumpulan menentang Jepun esok.

“Aksi terakhir sangat penting bagi skuad negara dan saya harap mereka semua memberikan terbaik,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI