fbpx

Pelancong Malaysia terjatuh dari balkoni hotel di Phuket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Phuket, Thailand. - Foto AFP

BANGKOK – Seorang pelancong Malaysia terjatuh dari balkoni hotel awal pagi semalam sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan di sebuah hospital di Phuket, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi (waktu tempaan) apabila Polis Patong dimaklumkan oleh Hospital Patong bahawa seorang lelaki warga asing terjatuh dari bangunan hotel.

Hospital itu menyatakan,  pelancong berkenaan meninggal dunia secara tragis sejurus selepas dimasukkan ke pusat perubatan tersebut.

Polis mengesahkan mangsa adalah warganegara Malaysia berusia 25 tahun.

Identitinya  tidak didedahkan buat sementara waktu sebelum kematian mangsa dimaklumkan  kepada keluarganya.

Menurut polis, lelaki itu tiba di Thailand pada 8 Mei lalu sebagai sebahagian daripada kumpulan pelancong yang terdiri daripada 20 rakyat Malaysia. 

Butiran lanjut dijangka didedahkan sebaik keputusan bedah siasat dikeluarkan dan temu bual lanjut dengan saksi dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI