fbpx

Pelancong kritik Gunung Fuji palsu di China 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita berlatarbelakangkan bukit rendah yang dicat warna putih untuk menyerupai Gunung Fuji. - Economic Times

BEIJING – Sebuah tempat pelancongan di China menerima kecaman orang ramai kerana mempamerkan bukit kecil yang diwarnakan menyerupai Gunung Fuji di Jepun, lapor portal berita Economic Times semalam. 

Kejadian berlaku di Universe Fantasy Land, bandar Shijiazhuang dalam wilayah Hebei. 

Rakaman dimuat naik di media sosial memaparkan puncak bukit itu dicat warna putih untuk menyerupai Gunung Fuji yang dilitupi salji tebal.

Pengunjung juga terkejut apabila melihat gunung berapi  tiruan itu menghasilkan letusan, namun mengeluarkan asap berwarna merah jambu. 

Pengunjung ke taman tema itu dikenakan bayaran 98 yuan (RM58) setiap seorang. 

Sebilangan mereka menyifatkan gunung itu sebagai bukit rendah dan tidak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan. 

“Saya membelanjakan 98 yuan untuk sebuah bukit yang dicat putih,” kata seorang netizen. 

“Saya tidak tahu Gunung Fuji sekecil ini,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI