fbpx

Man. United bawa semua bintang ke KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJAGA gol, Andre Onana antara pemain yang dijangka mendapat perhatian dalam kalangan peminat United di Malaysia. - AFP

KUALA LUMPUR – Manchester United mengesahkan akan membawa semua barisan bintangnya ke siri jelajah ke Malaysia dan Hong Kong, hujung bulan ini.

Pada kunjungan ke Asia kali ini, The Red Devils dijadualkan menentang ASEAN All Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Mei sebelum mengharungi perlawanan seterusnya di Hong Kong dua hari kemudian.

Pengurus United, Ruben Amorim berkata, kehadiran penuh skuad bukan sekadar tuntutan komersial tetapi sebagai simbol penghargaan kepada peminat yang tetap setia menyokong walaupun prestasi kelab merudum musim ini.

“Kami akan terus berhubung dengan penyokong kami di seluruh dunia. Ini adalah penting kerana mereka kekal berada bersama kami harungi musim penuh mencabar.

“Ya, kami akan bawa semua pemain senior kami,” katanya.

Lebih menarik, peminat The Red Devils mungkin memperoleh keceriaan berganda dan boleh meraikan kehadiran pemain bintang dengan lebih bermakna sekiranya United berjaya julang trofi Liga Europa pada final menentang Tottenham Hotspur, 22 Mei ini.

Peminat Man United masih berpeluang untuk mendapatkan tiket menerusi atas talian di myticketempire.com. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI