fbpx

Majlis kahwin sedia ‘doorgift’ benih dan sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tetamu memilih sayur-sayuran segar yang mereka suka. - TikTok

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Semarang, wilayah Jawa Tengah mengundang perhatian orang ramai kerana memberikan buah tangan unik berupa benih dan sayur-sayuran kepada tetamu, lapor portal berita Wolipop hari ini. 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @mandalawo.official menunjukkan tetamu memilih pelbagai jenis biji benih yang disediakan. 

Bahkan, mereka juga boleh mengambil sayur segar yang mereka suka. 

Antara sayuran segar termasuk buah tomato, kubis, kacang panjang, salad, terung, kentang, lobak merah, sawi dan lain-lain. 

Lebih menarik, pengurusan majlis turut menyediakan bakul rotan kepada tetamu untuk meletakkan sayuran mereka. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 2.7 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Sesuai untuk majlis yang jemput ramai ‘makcik’,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI