fbpx

‘Kita semua mahu dicintai, ada ketua keluarga’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARAHDHIYA terkesan melihat kaun wanita yang hidup berdikari tanpa lelaki namun dalam masa sama tidak menafikan semua wanita mahu dicintai dan pemimpin dalam hidup.

PETALING JAYA – “Biar lambat asalkan selamat, biar tepat jangan main rembat”.

Seolah-olah pesanan untuk diri, penyanyi Farahdhiya mengingatkan kaum Hawa agar jangan main tangkap muat dalam memilih pasangan hidup.

Pada masa sama, Faradhiya atau nama sebenarnya Farah Dhiya Mohamed Amin, 41, meluahkan rasa senang melihat ramai wanita yang boleh menguruskan kehidupan sendiri tanpa mengharapkan susuk lelaki dalam hidup mereka.

“Pada akhirnya, jodoh itu kerja Dia, semua orang nak kahwin dan mahu yang terbaik.

“Saya sebenarnya sangat gembira melihat ramai perempuan sekarang boleh berdiri di atas kaki sendiri, bertahan tanpa mengharapkan lelaki, berdikari. Tabik,” katanya dalam aplikasi Threads.

Masih membujang, pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu tidak menafikan setiap manusia memerlukan pasangan hidup untuk membimbing ke arah lebih baik.

“Tetapi tidak dapat dinafikan jauh di lubuk hati, kita semua mahu dicintai dan mempunyai ketua keluarga yang boleh membimbing kita menjadi lebih baik dari semua segi. Insya-Allah,” jelasnya.

Dua hari lalu, Farahdhiya sempat terkesan dan masih menaruh harapan tinggi untuk bertemu jodoh selepas melihat pelakon popular Indonesia iaitu Luna Maya akhirnya menamatkan zaman bujang pada usai 42 tahun. Lebih menarik perhatian bintang Sumala menikahi lelaki yang 10 tahun lebih muda daripadanya.

Farahdhiya juga pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan seorang penyanyi popular, namun hubungan tersebut tidak bertahan lama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI