fbpx

Kalau suami main Mobile Legends boleh curang tak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang isteri meluahkan rasa bimbang dengan sikap suaminya yang leka bermain permainan online, Mobile Legends termasuk berlaku curang.

Wanita yang dirahsiakan namanya itu berkongsi luahan tersebut di kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri dengan meninggalkan satu pertanyaan kepada pengguna media sosial lain.

“Hi, nak tanya. Kalau suami main Mobile Legends boleh curang tak? Curang macam mana kalau betul boleh berlaku?” soalnya.

Walaupun Mobil Legends merupakan aplikasi permainan biasa, kebimbangan wanita itu mencerminkan keresahan isteri apabila ramai yang meluahkan perkara sama.

“Saya pun tertanya-tanya perkara sama. Setiap kali suami balik kerja, itulah aktiviti dia hadap telefon. Bila ditanya, katanya main Mobile Legends. Saya risau juga bila baca perkongsian rakan-rakan suami mereka curang sebab kenal dengan wanita melalui game (permainan mudah alih) ini,” kata seorang pengguna.

Sementara itu, ada pengguna memaklumkan aplikasi permainan mudah alih tersebut mempunyai ruang perbualan sekali gus membuka peluang kepada pemain untuk berinteraksi sesama mereka.

“Boleh je kalau dia nak. Dekat game (Mobile Legends) ada tempat ‘chat’,” kata @member522.

“Ramai yang curang dekat ‘game’. Lelaki ke perempuan sama dekat ‘game’ mereka bertukar-tukar nombor telefon, kemudian berbual. Yang parah sampai bercinta, jangan percaya kalau pasangan main ‘game’. Kena pantau,” pesan Jenny Lopez. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI