fbpx

Kad Pekerja Madani tarik ramai serta kesatuan sekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Asri (tengah) bersama sebahagian wakil kesatuan sekerja yang menerima PHEKS di Gong Badak, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Tawaran Kad Pekerja Madani dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei lalu mampu menarik minat lebih ramai pekerja mendaftar sebagai anggota kesatuan sekerja selepas ini.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Pekerja Malaysia, Mohd. Asri Abdul Wahab berkata, kad pekerja tersebut yang menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi pembelian barangan di lebih 100 premis perniagaan tersebut akan diberikan kepada pekerja yang menjadi anggota sekerja.

Beliau berkata, setakat ini, keanggotaan kesatuan pekerja seluruh negara ialah 1,038,435 orang iaitu peningkatan berbanding 1,008,371 pada tahun 2023.

“Kita menyasarkan peningkatan 50,000 keanggotaan kesatuan pekerja baharu setiap tahun.

“Harapan kita dengan pelancaran Kad Pekerja Madani oleh Perdana Menteri (Anwar), lebih ramai ahli baharu dapat ditarik,” katanya ketika ditemui pada majlis Penyerahan Bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) peringkat Zon Timur.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Asri berkata, bantuan kerajaan sebanyak RM10 juta bagi pelaksanaan PHEKS turut juga dijangka menarik ramai keanggotaan sekerja baharu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI