PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka melanda 10 negeri sehingga pukul 6 petang ini.
Menurut MetMalaysia, antara negeri terlibat adalah Kedah (Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung dan Bagan Datuk).
“Cuaca buruk itu turut melanda Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) serta Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin).
“Bagi Selangor, melibatkan kawasan Hulu Selangor dan Gombak.
“Hujan lebat turut melanda Johor (Segamat, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) dan Sarawak melibatkan daerah Miri (Telang Usan) dan Limbang,” kata MetMalaysia.
Amaran yang sama dikeluarkan di Sabah melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan (Sandakan) dan Kudat.
“Labuan juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama,” lapor MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE