fbpx

Hospital, klinik swasta diperiksa kesan individu buang mayat bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat bayi yang ditemui orang awam di sebuah sungai di Jalan Klang Lama semalam.

PETALING JAYA – Polis akan melakukan pemeriksaan ke atas hospital dan klinik kesihatan swasta bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan mayat bayi lelaki di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, langkah itu akan dilakukan selepas proses bedah siasat ke atas mayat bayi tersebut dijalankan hari ini.

Katanya, tindakan itu diambil bagi mengesan rekod wanita yang baru melahirkan anak dan mencurigakan.

“Setakat ini belum ada tangkapan. Kita akan memeriksa hospital dan klinik swasta bergantung kepada keputusan bedah siasat hari ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 2.05 petang semalam, orang awam melaporkan mengenai penemuan objek menyerupai mayat tersangkut pada batu dalam sungai.

Hasil siasatan pihak polis mendapati objek tersebut adalah mayat bayi lelaki dan masih bertali pusat.

Bayi itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang mayat secara sulit.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI