fbpx

Gudang simpan cat, pelarut terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kebakaran di sebuah gudang menyimpan cat dan pelarut di Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan, hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebuah gudang menyimpan cat dan pelarut di Jalan Permatang Tinggi, Simpang Ampat di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran, tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.11 tengah hari tadi dan operasi pemadaman melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Balai Perda.

Beliau berkata, operasi turut dibantu BBP Bukit Mertajam, Sungai Bakap, Batu Kawan dan Jalan Perak.

“Kebakaran melibatkan sebuah gudang simpanan cat dan solvent (kelas B) dengan anggaran peratusan kemusnahan semasa akibat kebakaran adalah sebanyak 70 peratus.

“Kebakaran telah merebak ke premis bersebelahan dan operasi pemadaman masih diteruskan sehingga petang ini. Kebakaran dapat dikawal pada pukul 2.50 petang tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini, hari ini.

Katanya, gudang tersebut turut menyimpan bahan ‘methanol’ dan ‘toulene’.

“Bagaimanapun, kebakaran yang berlaku tidak melibatkan mangsa. Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” jelasnya.

Terdahulu, tular satu rakaman video menunjukkan kepulan asap tebal di lokasi gudang berkenaan yang dirakam pengguna jalan, tengah hari tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI