fbpx

Gaduh dengan suami, isteri panggil bomba angkut barang ke rumah ‘mak’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota-anggota bomba mengangkat barang wanita itu ke rumah ibu bapanya. - TikTok

JAKARTA – Pasukan bomba dan penyelamat di Indonesia terkejut apabila menerima panggilan kecemasan daripada seorang wanita untuk memindahkan barang ke rumah ibu bapanya selepas dia bergaduh dengan suami, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di Samarinda, wilayah Kalimantan Timur semalam. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @busamid menunjukkan anggota-anggota bomba mengangkat barang milik wanita itu dari kejiranan Sempaja Ujung ke Bangkuring. 

Jurucakap Damkar Posko 2 Samarinda berkata, proses pemindahan itu memakan masa kerana tidak mendapat persetujuan daripada  suaminya. 

“Selepas berbincang, si suami akhirnya mengalah dan membenarkan kami menjalankan tugas. 

“Pemindahan ini dilakukan demi mengelakkan risiko terjadinya kekerasan dalam rumah tangga,” tambah jurucakap itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 94,800 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Selain rumah terbakar, hati terbakar pun bomba boleh bantu,” kata seorang netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI