fbpx

EPL: Ikrar Haaland kembali mengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND kembali pulih daripada masalah kecederaan dan bersedia untuk kembali mengetuai jentera serangan City. - AFP

LONDON – Penyerang sensasi Manchester City, Erling Haaland mengakui sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab penting pada aksi menentang Southampton, malam ini.

Haaland juga mahu seluruh pasukan segera mengembalikan kemahuan kerana kegagalan untuk mengekalkan prestasi pada perlawanan sebelum ini menyaksikan The Citizens terpaksa melepaskan mahkota Liga Perdana Inggeris kepada Liverpool.

“Sudah pasti kamu boleh mencari alasan terutamanya membabitkan masalah kecederaan, namun pada akhirnya apa yang jelas kami tidak mampu untuk bermain dengan baik.

“Kami kurang keghairahan dan prestasi kami juga tidak cukup bagus. Saya tidak mampu membantu pasukan sekali gus menunjukkan yang kami belum cukup bagus,” katanya yang turut berada di bangku simpanan pada aksi menentang Wolverhampton, Sabtu lalu.

Pengendali City, Pep Guardiola juga menjelaskan yang Haaland kini sudah bersedia untuk diturunkan pada perlawanan menentang The Saints.

Guardiola menuding jari kepada masalah kecederaan Haaland menjadi punca kegagalan pasukannya, namun bertegas penyerang Norway itu sudah mampu untuk galas tanggungjawab pada perlawanan malam ini.

“Memang malang apabila isu kecederaan menghantui kami, namun apa yang kami boleh buat. Saya perlu bangkit dengan penuh bertenaga dan pastinya saya berada dalam keadaan bersedia untuk aksi kali ini,” kata Haaland. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI