fbpx

Dua penjenayah ‘tunda’ motosikal BMW dari parkir pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kejadian terbabit.

KAJANG – Sebuah motosikal berkuasa tinggi jenama BMW dilarikan dari parkir sebuah pangsapuri di Taming Sari di sini pada Khamis lalu.

Dalam kejadian pada pukul 5.45 petang itu, dua lelaki bertindak menunda motosikal tersebut keluar dari pangsapuri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) pangsapuri sebelum tular di media sosial.

Katanya, semakan mendapati motosikal itu milik seorang lelaki berusia 46 tahun dan dibawa keluar oleh dua lelaki lain.

“Salah seorang suspek menunggang motosikal jenis Yamaha menunda motosikal mangsa keluar dari bangunan tersebut.

“Siasatan mendapati nombor pendaftaran motorsikal suspek adalah palsu dan pemilik asal juga sudah membuat laporan polis dan mengesahkan kenderaannya masih dalam milikannya di Terengganu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Naazron berkata, kes disiasat mengikut dibawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Norhafizah Mat Yusoff di talian 011-54539190.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI