fbpx

‘Saya menawarkan diri sebagai calon MPP Keadilan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi.

PETALING JAYA – Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan), Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan dirinya bertanding sebagai calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam pemilihan Keadilan yang dijadual berlangsung 21 hingga 24 Mei ini.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, keputusan tersebut dibuat atas dasar tanggungjawab terhadap perjuangan reformasi yang telah berlangsung lebih dua dekad.

“Saya membuat keputusan ini bukan kerana jawatan, tetapi kerana amanah perjuangan.

“Sudah lebih dua setengah dekad kita bersama di dalam gerakan Reformasi ini. Dari jalan raya ke Putrajaya, dari menuntut keadilan buat individu teraniaya, kepada usaha membina semula sistem yang lebih adil dan telus untuk seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata Keadilan bukan hanya sebuah parti politik tetapi wadah reformasi berasaskan prinsip.

“Justeru, kepimpinan pusat mesti mencerminkan nilai-nilai integriti, ketekunan dan keberanian yang diwarisi sejak tahun 1998.

“Saya mohon kepercayaan semua untuk bersama mengangkat Keadilan ke tahap yang lebih tinggi. Bukan untuk kita sahaja, juga untuk generasi akan datang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI