JAKARTA – Seorang doktor di Indonesia mengundang perhatian orang ramai kerana membenarkan pesakit yang menggunakan perkhidmatan di kliniknya untuk membayar seikhlas hati, lapor portal berita Lambe Turah.
Klinik itu terletak di Ponorogo, wilayah Jawa Timur.
Doktor bernama Rafika Augustine, 34, menjelaskan bahawa pesakit boleh membayar dengan pelbagai cara sama ada dengan wang, tanaman, atau doa.
“Kalau tidak mampu membawa hasil tanaman seperti buah, sayuran atau beras, mereka boleh bayar dengan doa.
“Saya ingin memanfaatkan ilmu yang saya pelajari sambil membuat amalan untuk akhirat,” kata Rafika.
Meskipun berkonsepkan bayar seikhlas hati, setiap pesakit akan menerima layanan dan pemeriksaan kesihatan yang sama.
“Pesakit tetap dilayan seperti biasa. Kami akan cuba bantu dan mereka boleh membuat pembayaran ke dalam kotak yang disediakan di kaunter bayaran,” tambahnya. – AGENSI