fbpx

Aplikasi Mercedes, iPad kesan penjenayah pecah masuk rumah doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian barangan berharga disyaki dicuri suspek kes pecah rumah seorang doktor di sebuah apartmen di Jalan Sultan Omar, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Aplikasi Mercedes menjadi petunjuk kehilangan kunci kereta mewah itu dan beberapa barangan berharga milik seorang doktor di apartmen di Jalan Sultan Omar di sini pada kelmarin.

Ia kemudiannya membawa kepada penahanan seorang pekerja gerai ayam yang disyaki terlibat dalam jenayah tersebut pada pukul 3.15 pagi, tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, mangsa yang merupakan doktor sebuah hospital swasta di bandar raya ini mendapati kunci kereta Mercedesnya yang diletakkan di meja makan kediamannya telah hilang sebaik bangun daripada tidur pada 6.30 pagi, kelmarin.

Beliau berkata, lelaki berusia 44 tahun tersebut juga mendapati kunci dan kad akses rumah; dua jam tangan berjenama dan kad akses kerja mangsa hilang.

“Sebuah beg mengandungi kunci kenderaan utiliti sukan, Subaru XV, kunci pendua rumah, iPad, AirPod dan dompet milik mangsa juga dilarikan dalam kejadian pecah rumah tersebut melibatkan kerugian lebih RM50,000.

“Pemeriksaan pada aplikasi kemudiannya mengesan kereta Mercedes mangsa berada di Flat Kampung Kolam di sini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, suspek kemudiannya berjaya dikesan di sebuah rumah di Kampung Kuala Tengah, Marang menerusi jejak iPad dan AirPod milik mangsa.

“Hasil soal-siasat awal, suspek yang turut bekerja sambilan sebagai pekerja pembersihan di apartmen terlibat mengaku memecah masuk kediaman mangsa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI