fbpx

Termakan janji pulangan lumayan, wang RM680,000 lesap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

GEORGE TOWN – Wang simpanan berjumlah RM680,000 milik seorang wanita warga emas lesap gara-gara terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pada Februari lalu mangsa berusia 60 tahun melihat iklan pelaburan di Facebook sebelum berhubung dengan suspek melalui WhatsApp.

“Skim pelaburan itu menjanjikan keuntungan 10 hingga 20 peratus. Mangsa diarahkan memuat turun aplikasi dan mendaftar sebagai ahli sebelum melabur. Wanita itu membuat tujuh transaksi pemindahan wang ke dalam lima akaun bank yang diberikan suspek.

“Selepas kehabisan wang, mangsa diminta membuat bayaran bagi tujuan pengeluaran keuntungan kononnya mencecah RM11 juta seperti tertera dalam aplikasi tersebut. Mangsa mula curiga sebelum membuat laporan polis,” katanya di sini hari ini.

Hamzah berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terjerat dengan iklan pelaburan terutama yang dipromosi melalui media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI