BESUT – Sebanyak 60 peratus daripada penagih dadah di negara ini terdiri daripada golongan belia berumur dalam lingkungan 15 hingga 39 tahun.
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh berkata, kebanyakan belia terbabit terjebak dalam penyalahgunaan dadah sintetik.
“Sebanyak 60 peratus golongan penagih dadah didominasi belia. Terengganu sendiri 56 peratus daripada inidividu terjebak merupakan golongan itu.
“Kita menghadapi cabaran serius dalam menangani isu penagihan dadah dalam kalangan belia ini,” katanya pada program Sua Mesra AADK di Kampung Gong Kemuntong di sini hari ini.
Ruslin berkata, tiga jenis dadah yang popular dalam kalangan belia Pantai Timur ialah pil yaba, syabu dan ganja.
Beliau berkata, penglibatan pelbagai pihak khususnya ibu bapa amat penting bagi membendung masalah penyalahgunaan dadah terbabit.- KOSMO! ONLINE