fbpx

Ribut petir di lima negeri malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Perak, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak hingga malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat dijangka melanda Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta).

“Amaran yang sama dikeluarkan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan dan Rompin) dan Johor (Segamat dan Mersing),” katanya.

Menurutnya, Sarawak turut dijangka mengalami hujan lebat di kawasan Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Cuaca sama turut melanda Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI