fbpx

Piala Dunia 2026 ‘hadiah’ buat Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRUMP (kiri) mengadakan pertemuan dengan Infantino bagi membincangkan mengenai beberapa perkara berkaitan penganjuran AS sebagai tuan rumah Piala Dunia 2026. - AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump percaya peluang untuk beraksi pada Piala Dunia 2026 mungkin dapat memujuk Rusia menamatkan peperangan antara negara itu dengan Ukraine.

Trump menganggap peluang bermain di Piala Dunia boleh menjadi hadiah terbaik buat Rusia yang diharamkan daripada sebarang kejohanan yang dianjurkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sejak 2022.

Beliau berkata, beliau bersetuju dengan keputusan FIFA yang sedia membenarkan Rusia kembali menyertai kejohanan antarabangsa sebaik sahaja peperangan antara kedua-dua negara itu tamat sepenuhnya.

“Saya tidak tahu bahawa Russia sudah diharamkan daripada menyertai kejohanan bola sepak di peringkat antarabangsa. Anda (FIFA) perlu memberi penjelasan kepada saya mengenai perkara tersebut.

“Ia (Russia beraksi di Piala Dunia) tidak mustahil dan ia mungkin menjadi insentif yang baik buat mereka. Kami mahu ia (perang) dihentikan kerana lima ribu orang terbunuh setiap minggu,” katanya.

Sebagai rekod, aksi kelayakan Piala Dunia 2026 bagi zon Eropah sudah pun bermula Mac lalu serentak dengan Liga Negara-Negara Eropah (UNL) di mana 16 pasukan yang bernaung di bawah UEFA akan layak.

Sementara itu, Presiden FIFA, Gianni Infantino berharap peperangan antara Russia dan Ukraine akan segera tamat, sekali gus mampu memujuk badan induk bola sepak dunia itu membenarkan Rusia kembali ke pentas antarabangsa. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI