fbpx

‘Pernah fikir perkahwinan bukan untuk saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUNA Maya mengakui Maxime lelaki terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya.

PETALING JAYA – Aktres popular Indonesia, Luna Maya mengakui pernah mengalah dan berasakan dirinya tidak akan mendirikan rumah tangga.

Namun, siapa tahu rahsia Tuhan, Luna, 41, tidak menyangka kehadiran aktor Maxime Bouttier dalam hidupnya mengubah segala-galanya.

“Dua tahun lalu saya sudah set dalam fikiran bahawa perkahwinan tidak akan berlaku dalam kamus hidup saya.

“Mungkin perkahwinan bukan untuk semua orang dan saya mengalah. Apa yang sudah ditetapkan, saya okey dan terima,” katanya dalam sebuah majlis resepsi baru-baru ini.

Menurut Luna, Maxime individu terbaik yang pernah hadir dalam hidupnya.

“Awak (Maxime) hadir membawa perubahan dalam hidup saya.

“Terima kasih sebab memberi kehidupan terbaik buat saya.

“Saya juga bersyukur dapat melaksanakan majlis perkahwinan yang saya impikan selama ini,” ujarnya.

Terdahulu, Luna Maya sah bergelar isteri kepada pelakon aktor Maxime Bouttier sekitar pukul 4.15 petang dalam sebuah majlis tertutup mengikut adat Jawa di Bali, Indonesia pada 7 Mei lalu.

Dalam majlis tersebut Luna secara rasmi menjadi isteri kepada Maxime, 32, dengan sekali lafaz dan turut menerima 7.5 gram emas serta wang tunai dibayar dalam mata wang USD. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI