fbpx

Pempengaruh cerai, rujuk semula dalam tempoh 24 jam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA — Pempengaruh Siti Jamumall mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan bercerai dengan suami, Khairul Aiman Abdul Kudus, 22, atau dikenali sebagai Aiman Tak Kesah, dua minggu lalu.

Siti, 26, atau nama sebenar Siti Suriani Wahiddin bagaimanapun mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh 24 jam.

Pengesahan lafaz cerai dan rujuk pasangan itu dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, pada 6 Mei lalu.

“Selepas lafaz cerai berlaku, kami sudah rujuk semula. Disebabkan saya kini hamil lima bulan, mungkin juga emosi terbawa-bawa sehingga berlakunya perceraian itu. Saya anggap ini adalah ujian perkahwinan dengan suami.

“Saya minta maaf dan akui silap saya pada suami. Saya berharap perkara ini tidak berlaku lagi dan berdoa semoga jodoh kami berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Mungkin apa yang berlaku ini juga sebagai satu cara agar kami refleksi diri dan proses lebih mengenali,” katanya.

Siti berkata, dia berharap tidak timbul lagi sebarang spekulasi mengenai rumah tangga mereka.

“Terlalu ramai yang bertanya dan komen. Jadi, dengan kenyataan ini saya berharap segalanya sudah jelas serta tidak wujud sebarang spekulasi.

“Saya dan suami cuba belajar daripada kesilapan dan lakukan sehabis baik selepas ini. Apa yang sudah terjadi, biarlah berlalu. Kami mahu buka buku baru. Saya reda,” katanya.

Terdahulu, Siti dan Aiman bernikah di Satun, Thailand pada 1 Jun tahun lalu.

Sebelumnya, Siti pernah berkahwin namun bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak lelaki Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI