TUNIS – Seorang lelaki berketurunan Yahudi yang juga pemilik kedai barangan kemas cedera dan menerima rawatan di sebuah hospital selepas menjadi mangsa serangan kapak di Tunisia, lapor portal berita abcnews hari ini.
Lelaki berusia 50 tahun itu dimasukkan ke hospital di Pulau Djerba, di mana kebanyakan baki 1,500 orang Yahudi Tunisia tinggal, kata ketua komuniti tersebut, Rene Trabelsi.
Serangan itu berlaku seminggu sebelum sejumlah orang Yahudi tiba di Djerba untuk cuti perayaan agama mereka.
Trabelsi berkata, hanya terdapat sedikit maklumat mengenai penyerang.
Beliau menganggap serangan tersebut tiada kaitan dengan agama atau cuti orang Yahudi tetapi akan menunggu siasatan pihak berkuasa Tunisia tentang motif serangan.
“Kami mempercayai sepenuhnya pihak berkuasa Tunisia kerana kami juga rakyat Tunisia,” katanya yang pernah menjadi menteri pelancongan negara itu. – AGENSI