fbpx

Pemilik disaman, 8 ekor lembu berkeliaran disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsikan pengguna TikTok memaparkan beberapa ekor lembu berada di jalan raya sehingga membahayakan lalu lintas.

PETALING JAYA – Pemilik kepada sekumpulan lembu yang dilaporkan berkeliaran di Jalan Persiaran Kemajuan Subang Jaya berhampiran SS19, pada Rabu lalu, telah diambil tindakan.

Menurut Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner, Wan Azlan Wan Mamat, tindakan saman telah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Selain itu, ujarnya, kesemua lapan lembu juga akan disita bagi memastikan perkara sedemikian tidak berulang lagi.

Menurut Wan Azlan, anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya bersama MBSJ, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Jabatan Veterinar serta Bomba Daerah Subang Jaya telah dikejarkan ke lokasi sejurus mendapat panggilan.

“Pihak veterinar telah memberi suntikan ke atas binatang peliharaan tersebut dan diambil tindakan oleh MBSJ bagi tujuan sitaan.

“Aliran trafik lancar dengan bantuan pihak Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Subang Jaya di lokasi dan tiada perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan beberapa ekor lembu dilaporkan berkeliaran dan bersantai di atas jalan raya yang menghubungkan laluan Subang Jaya ke Glenmarie semalam, sehingga menimbulkan kekecohan dalam kalangan pengguna ekoran membahayakan keselamatan lalu lintas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI