fbpx

Nurul Izzah sah rebut jawatan Timbalan Presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Izzah.

PETALING JAYA – Naib Presiden Parti Keadlian Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti bagi sesi 2025-2028.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Nurul Izzah berkata, beliau akan memikul amanah tersebut sekiranya dipilih oleh perwakilan kelak.

“Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, izinkan saya, Nurul Izzah Anwar, menawarkan diri sebagai calon Timbalan Presiden KEADILAN 2025-2028.

*Sekiranya perwakilan KEADILAN merasakan saya sesuai untuk menggalas tanggungjawab dan amanah besar ini, Insya-Allah, saya akan berusaha melakukan yang terbaik demi KEADILAN,”katanya.

Beliau berkata, keputusan yang di ambil itu bukanlah yang paling mudah atau paling selesa, tetapi ia lahir daripada satu bentuk tanggungjawab.

“Saya tetap percaya, perjuangan ini bukan milik mana-mana individu. Ia milik kita semua yang masih setia memikul idealisme Reformasi sejak 1998,”katanya.

Dalam kenyataaan sama, Nurul Izzah turut memperjelaskan tentang persepsi “Parti Anak Beranak” yang dituduh oleh segelintir pihak selama ini.

Katanya, swrangan itu bukanlah baharu, malah, sejak 1998, ketika bersama pengasas dan pejuang Reformasi bersama-sama menubuhkan PKR, label ini telah digunakan untuk memperlekeh perjuangan parti itu.

“Ketika saya menang Naib Presiden dengan undian tertinggi pada tahun 2010, 2014 dan 2018, serangan yang sama tetap dilemparkan.

“Hakikatnya, jika saya memilih untuk kekal bertanding Naib Presiden pun kali ini, saya tetap akan digelar begitu.

“Walau apa jua gelaran dan persepsi yang dilemparkan selama puluhan tahun, saya tetap akan terus berkhidmat, Insya-Allah – kerana yakin bahawa proses bertanding secara terbuka lantas mendapat mandat daripada akar umbi bukanlah satu bentuk nepotisme,”jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI