NEW YORK – Satu kejadian aneh yang berlaku menyaksikan kehadiran lingkaran berbentuk cincin berwarna hitam langit sebuah bandar kecil di negeri Kansas, lapor saluran berita Fox News semalam.
Fenomena itu dilihat oleh seorang penduduk bandar Bonner Springs, Frankie Camren petang Isnin lalu ketika dia menunggang motosikal.
“Saya kini berumur 50 tahun dan tidak pernah kejadian seperti ini.
“Bolehkah seseorang memberitahu saya apakah ini?,” katanya dalam satu rakaman video.
Camren berkata, beberapa penduduk di Tonganoxie dekat Bonner Springs melaporkan melihat cincin hitam itu sehari sebelumnya.
Mengulas kejadian tersebut, beberapa ahli meteorologi memberitahu, ia berkemungkinan besar terbentuk hasil daripada beberapa jenis letupan.
Mereka menyamakannya dengan pembentukan awan cendawan di mana udara yang naik dengan cepat memerangkap asap dalam formasi seperti cincin kerana ia bergerak lebih laju daripada udara sekelilingnya. – AGENSI