fbpx

Lima warga Filipina guna MyKad palsu dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tujuh warga Filipina iaitu lima lelaki dan dua wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini, kerana kesalahan menggunakan kad pengenalan individu lain serta palsu. FOTO NOR AINNA HAMZAH/ KOSMO!

SEREMBAN – Seramai lima warga Filipina termasuk seorang wanita dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menggunakan MyKad individu lain dan palsu.

Majistret Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman lima bulan penjara terhadap dua beradik, Peter Camal, 45, dan Johari Camal, 48, serta Ajid Hasan, 43, selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Seorang lagi tertuduh, Alvin Faisal, 31, pula mengaku tidak bersalah serta dibenarkan jaminan sebanyak RM6,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia.

Di mahkamah berlainan, Majistret Saiful Sayoti menjatuhkan hukuman penjara dua bulan kepada Aisar Hamjalin Katang, 40, dan Rasid Olek, 27.

Seorang lagi tertuduh yang juga mendakwa isteri kepada Alvin, Alsaida Hassan, 28, pula mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan serta tiada jaminan dibenarkan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e) Akta Pendaftaran Negara 1959 dan Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Md. Shahedan Md. Taib, Hairul Azlin Ahmad dan Zulkarnain Ahmad.

Lima tertuduh yang dikenakan hukuman penjara pula tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI