FLORENCE – Pemain pinjaman, Antony sekali lagi menunjukkan prestasi cemerlang selepas menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang memukau dalam separuh akhir Liga Konferens Europa untuk membawa pasukannya Real Betis ke pentas final menentang Chelsea.
Pemain sayap dari Brazil itu memberi jawapan mengapa pengendali Manchester United sebelum ini, Erik Ten Hag sanggup mengeluarkan £86 juta (RM490 juta) untuk mendapatkan khidmatnya pada musim panas 2022 dengan aksi luar biasa sejak menyertai Real Betis secara pinjaman pada Januari lalu.
Antony mengambil sepakan percuma dari jarak sekitar 30 meter dengan menggunakan kaki kirinya berjaya memperdaya penjaga gol Fiorentina yang juga bekas rakan sepasukannya di United, David De Gea.]
Ketika ini, Antony telah meledak tujuh gol dan berjaya menyumbang empat bantuan aringan dalam 20 penampilan bersama Los Verderones sebelum perlawanan kedua separuh akhir Liga Eropah menentang Fiorentina awal pagi tadi.
“Saya fikir, selain daripada kehidupan bola sepak, kehidupan peribadi saya banyak mengganggu kerana perkara yang saya lalui ketikka saya tinggal di sana. Suka atau tidak, ia banyak memberi kesan kepada saya. Jadi, sudah tentu, saya tahu potensi yang saya ada,” kata Antony.
Betis masih mempunyai harapan untuk berada pada kedudukan zon kelayakan lima teratas La Liga dan hanya memerlukan satu mata untuk melayakkan mereka untuk bermain di Liga Juara-Juara musim depan. – AGENSI