fbpx

Kutipan sumbangan Masjid Jamek Ar-Ridzuan diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Ar-Ridzuan mengira wang kutipan yang disumbangkan oleh para jemaah selepas selesai solat Jumaat hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS/ KOSMO!

BAGAN SERAI – Meskipun kutipan dana bagi pembelian semula tanah wakaf Masjid Jamek Ar-Ridzuan di sini mencecah RM2.3 juta, ahli kariah dan penduduk tempatan tetap mengutip sumbangan demi menampung pelbagai kos sampingan melibatkan masjid itu.

Menurut salah seorang ahli kariah, Yahya Zain, 47, tanggapan bahawa perjuangan berakhir sebaik sahaja dana mencukupi untuk membeli semula tanah wakaf adalah tidak tepat.

Katanya, realiti di sebalik angka tersebut ialah komitmen berterusan untuk menanggung kos pengurusan serta pelaksanaan program-program masjid.

“Sebenarnya, ramai hanya nampak masjid perlukan wang untuk beli semula tanah wakaf tetapi kos-kos lain seperti bil utiliti, penyelenggaraan dan pelbagai program kemasyarakatan juga memerlukan dana berterusan.

“Ini bukan semata-mata soal membeli tanah, ini soal kesinambungan peranan masjid dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan di Alor Pongsu di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI