fbpx

Kunjungan sekali lagi ke KFC berakhir kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Warga emas terbabit meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung (HSM) kira-kira pukul 11 malam tadi.

LUMUT – Keterujaan seorang warga emas untuk menikmati ayam goreng di restoran KFC bertukar tragedi apabila dia maut akibat parah dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabas memasuki premis itu di Sitiawan dekat sini malam tadi.

Anak mangsa dikenali sebagai Lee, 36, berkata, ibunya, Yong Foong Kiang yang berusia 73 tahun itu pada asalnya telah mengunjung restoran tersebut pada Isnin lalu untuk menyambut ulang tahun kelahirannya.

“Bagaimanapun, dia memaklumkan kepada saya bahawa ayam goreng di restoran itu lazat, sebab itulah kami mengunjungi KFC Sitiawan sekali lagi semalam.

“Di sana, kami bertemu dengan seorang rakan dan isteri serta anak perempuan mereka secara kebetulan. Sewaktu sedang makan dan bersembang itulah Volvo XC90 itu terbabas ke KFC kira-kira pukul 9 malam,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Lee berkata, ibunya meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Seri Manjung (HSM) kira-kira pukul 11 malam.

Kosmo! semalam melaporkan sebuah SUV Volvo merempuh restoran KFC di Sitiawan dengan kemalangan itu menyebabkan seorang wanita warga emas tersepit di bawah kenderaan tersebut.

Mangsa yang dikeluarkan dari bawah SUV berkenaan dibawa keluar oleh orang ramai sebelum dikejarkan ke HSM untuk menerima rawatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI