fbpx

KDN FC perlu RM7 juta hadapi musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KDN FC berikrar untuk terus kekal bersaing pada musim depan biarpun berdepan isu kewangan yang sukar.

KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) memerlukan dana antara RM6 juta hingga RM7 juta sebagai persediaan untuk mengharungi saingan Liga Super pada musim depan.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, kos perbelanjaan itu merupakan jumlah yang ditetapkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kepada setiap pasukan.

Menurutnya, pengurusan KDN FC banyak mendapat nasihat daripada pihak MFL berhubung perkara tersebut.

“Kita sedang berusaha untuk mencari dana bagi membolehkan KDN FC bersaingan dalam saingan Liga Super pada musim depan.

“Kita akan perbaiki kelemahan pada musim lalu terutamanya melibatkan aspek kewangan. Keadaan itu menyebabkan banyak perancangan tidak menjadi sehingga KDN FC berada di tangga tercorot liga,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Makan Malam Penghargaan KDN FC di sebuah hotel di sini kelmarin.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, KDN FC sedang melengkapkan lesen MFL dalam usaha untuk mengekalkan pasukan itu dalam saingan Liga Super pada musim depan.

“Saya yakin KDN FC mampu memenuhi semua syarat yang telah ditetapkan oleh MFL. Pihak pengurusan KDN FC sudah melakukan segala yang terbaik untuk memenuhi syarat perlesenan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI